CARA MENCEGAH KEMUNGKARAN

CARA MENCEGAH KEMUNGKARAN BERDASARKAN HADIS 

Berdasarkan hadis, Nabi s.a.w telah menggariskan beberapa panduan dalam mencegah kemungkaran antaranya ialah :


1) Mencegah dengan tangan 

Maksud mengubah dengan tangan ini adalah mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuan dan bidang kuasa masing-masing. Setiap orang mestilah mencegah kemungkaran yang berlaku dalam kalangan orang yang di bawah tanggungjawabnya.

Contohnya : Seorang pemimpin bertanggungjawab keatas rakyatnya, Bapa bertanggungjawab kepada anaknya.




2) Mencegah dengan lidah

Maksud mencegah dengan lidah adalah apabila seseorang itu tidak mampu mengubah dengan kuasanya. Jadi, dia hendaklah mengubah dengan percakapan atau lisan. 

Contohnya : Memberikan nasihat dan bimbingan yang baik.






3) Mencegah dengan hati

Maksud mengubah dengan hati apabila seseorang itu sudah tidak mampu untuk mengubah dengan kuasa atau lisan, maka hendaklah dia ubah dengan hati iaitu dengan membenci kemungkaran tersebut dan menjauhkan diri daripada tempat kemungkaran tersebut malah hendaklah dia berazam untuk tidak melakukan perkara tersebut.

Orang yang seperti ini juga harus berharap agar suatu hari nanti dapat mencegah kemungkaran dengan kuasa atau lisan, kerana mengubah menggunakan hati adalah selemah-lemah iman.




SEKARANG, JOMM KITA KE LAMAN INI ---> https://suite.smarttech.com/login



2 comments:

JADI, APA YANG KAMU TELAH PELAJARI HARI INI ?