JADI, APA YANG KAMU TELAH PELAJARI HARI INI ?



Haaa.. macam mana anak-anak ? Seronok belajar hari ini?




 Ok. kalau semua dah faham, jom kita cuba jawab kuiz ni.

Sila tekan link dibawah :

CARA MENCEGAH KEMUNGKARAN

CARA MENCEGAH KEMUNGKARAN BERDASARKAN HADIS 

Berdasarkan hadis, Nabi s.a.w telah menggariskan beberapa panduan dalam mencegah kemungkaran antaranya ialah :


1) Mencegah dengan tangan 

Maksud mengubah dengan tangan ini adalah mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuan dan bidang kuasa masing-masing. Setiap orang mestilah mencegah kemungkaran yang berlaku dalam kalangan orang yang di bawah tanggungjawabnya.

Contohnya : Seorang pemimpin bertanggungjawab keatas rakyatnya, Bapa bertanggungjawab kepada anaknya.




2) Mencegah dengan lidah

Maksud mencegah dengan lidah adalah apabila seseorang itu tidak mampu mengubah dengan kuasanya. Jadi, dia hendaklah mengubah dengan percakapan atau lisan. 

Contohnya : Memberikan nasihat dan bimbingan yang baik.






3) Mencegah dengan hati

Maksud mengubah dengan hati apabila seseorang itu sudah tidak mampu untuk mengubah dengan kuasa atau lisan, maka hendaklah dia ubah dengan hati iaitu dengan membenci kemungkaran tersebut dan menjauhkan diri daripada tempat kemungkaran tersebut malah hendaklah dia berazam untuk tidak melakukan perkara tersebut.

Orang yang seperti ini juga harus berharap agar suatu hari nanti dapat mencegah kemungkaran dengan kuasa atau lisan, kerana mengubah menggunakan hati adalah selemah-lemah iman.




SEKARANG, JOMM KITA KE LAMAN INI ---> https://suite.smarttech.com/login



HIKMAH MENCEGAH KEMUNGKARAN





SEKARANG, USTAZAH NAK KAMU SEMUA MASUK KE LAMAN INI ---------> https://suite.smarttech.com/login

HADIS DAN PENGERTIANNYA


Maksud Hadis :

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa dalam kalangan kamu yang telah melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu hendaklah dia mengubah dengan hati dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman.


Potongan hadis dan maksudnya :


  •  مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا :
Sesiapa dalam kalangan kamu melihat kemungkaran.

  •  فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ 
Maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan.


  • ِفَأِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِه
sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubah dengan lisannya

  •  ِفَأِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِه
Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubah dengan hatinya 


  • وَِذَلِكَ هُوَ أَضْغَفُ الإِيْمَان 
dan ( mengubah dengan hati) adalah selemah-lemah iman. 


JADI SEMUA DAH FAHAM KAN.. JOM KITA KE LAMAN INI ---> https://padlet.com/adeelaazhar/230594




JADI, APA YANG KAMU TELAH PELAJARI HARI INI ?